Perang Musuh Bisik Siri 5
PEMBINAAN KOTA-KOTA TANAH Orang-orang Melayu yang tinggal menetap di dalam negeri sepanjang zaman pemerintahan Siam bersyukur kepada Tuhan kerana Kedah telah bebas semula dari cengkaman Siam. Mereka inilah yang menjadi teras kepada gerakan pembangunan yang disusun semula oleh Tunku Abdullah dan Tunku Muhamad Saad serta panglima-panglimanya. Gendang raya dipukul menandakan masuk waktu bersembahyang dan suara bang dilaungkan garuk dan parau melayup hingga ke bintang timur tinggi. Sudah berani orang berkumpul dimasjid-masjid dan di bandarasah melakukan sembahyang berjemaah dan membaca Yassin beramai-ramai. Di masa yang bergelora di bawah pentadbiran Siam, amat ramai orang yang beramal ibadat kepada Tuhan menumpu sepenuh minat hanya kepada kerja-kerja yang direzainya supaya masin doa’ dan permintaan terutamanya buat menjauhkan bala dan bahaya dari kampong halaman dan kaum keluarga. Sekali sekala terdengar orang meminta tolong kerana dirompak dan dianiayai oleh orang-orang Siam dan peng...