Perang Musuh Bisik Siri 1
TRAGEDI DI KOTA KUALA KEDAH Hari Ahad 12 November, 1821 merupakan tarikh yang paling pahit kepada penduduk-penduduk Kuala Kedah malahan kepada seluruh sejarah kesultanan Kedah Darul Aman kerana pada waktu rembang tengahari hari itu, ketika air pasang penuh, beratus-ratus buah perahu Siam bermuatkan tentera-tenteranya yang lengkap bersenjata dan membawa alat-alat untuk berperang telah sampai dengan tiba-tiba di kuala Sungai Kedah. Perahu-perahu Siam menghampiri tembok Kota dan memenuhi muka sungai disepanjangpanjang tebing Kota hingga ke Balai Air iaitu tempat Dato’ Syahbandar meletakkan orangorangnya memungut cukai dan memeriksa orang-orang masuk keluar. Dengan hati berdebar-debar Penghulu Kota mengarahkan pengiringnya yang paling pantas untuk berkejar ke teluk Chengai dua batu dari Kuala kerana menyampaikan berita kedatangan tentera-tentera Siam yang begitu ramai kepada Dato’ Bendahara dan Dato’ Laksamana. Dato’ berdua baharu sahaja balik dari Kota Setar diatas urusan negeri ...