Sekolah kehidupan

Sekolah Kehidupan...
Sekolah ini mengatasi sekolah-sekolah lain dalam dunia, kerana keberkesanannya membentuk para 'pelajarnya' untuk menjadi manusia, melalui program khasnya iaitu pengalaman hidup. Tidak dapat dinafikan, pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan kita.
Sekolah ini ditubuhkan sejak zaman Nabi Adam lagi,bukan hanya sekadar sekolah terbaik di Malaysia (mahupun dunia), malah sekolah tertua di dunia. 
Ramai pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sekolah mahupun universiti secara tidak langsung akan melanjutkan pengajian ke sekolah ini. Selagi anda hidup, selagi itulah anda akan belajar di sekolah ini. 
Harus diingatkan bahawa pendidikan formal dan infrastruktur yang dipanggil sekolah mahupun universiti tidak menjamin masa depan anda. Yang menjamin masa depan anda adalah semangat dan usaha secara konsisten, bersama doa kedua ibu bapa. 
Berjaya dalam akademik tidak bermakna akan berjaya dalam hidup. Hidup ini ibarat larian marathon, memerlukan seseorang untuk terus berlari tanpa henti, walaupun tidak laju, asalkan sampai ke garisan penamat.
Sekiranya anda dapat berlari pecut pada awal larian, walaupun lebih laju daripada Usain Bolt, tidak bermakna anda akan menang, kerana kehidupan kita bukanlah ibarat larian 100 meter.
Ingatlah, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Hanya kita yang mampu mengubah nasib diri kita sendiri, bukan orang lain. Pedulikan tohmahan masyarakat terhadap anda, bangun dari mimpi dan teruslah berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat. 
Kepada ibu bapa, jangan bebani anak-anak anda dengan tekanan berdasarkan pencapaian akademik. Kehidupan kita lebih daripada sekadar pendidikan formal. 

Kelulut terbang membawa madu,

Madu di bawa di dalam kantung,

Hidup kita perlu berilmu,

tanpa ilmu tiadalah beruntung
.

Sekian...
Sundang Sukma

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Siapakah Tok Moris

KOLEKSI PANTUN-PANTUN REKAAN SENDIRI...

Perang Musuh Bisik Siri 5