Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Siapakah Tok Moris

Tok Moris ialah seorang pahlawan Kedah yang terkenal dan cerita mengenai kehebatannya diwarisi dari turun temurun oleh keturunannya yang bertebaran di Tanah Air terutamanya di Kampung Kubur Panjang, Pendang Kedah. Untuk pengetahuan anda,Tok Moris ini merupakan singkatan nama bagi Tok Bomoh Idris dan nama ini merupakan penyamaran yang digunakan ketika Perang Musuh Bisik 1821. Nama sebenar beliau ialah Syed Idris dan dikatakan beliau pernah menjadi Raja Kota Setar, Kedah. Pahlawan Tok Moris adalah seorang hulubalang dari bumi Kedah yang diceritakan telah pergi bersama-sama rakannya ke Bangkok dalam masa Perang Bisik untuk menyelamatkan Sultan Ahmad Tajuddin II. Keadaan ini kerana Sultan Ahmad Tajuddin II telah diperdaya oleh tali barut musuh sehingga Tuanku ditangkap oleh anggota Thai apabila pulang dari tempat persembunyian di Melaka. Tuanku telah dipenjarakan di Bangkok dan ketika itu tidak ada seorang pun yang berani untuk pergi menyelamatkan Tuanku kerana takut akan kehebatan ten...

Sekolah kehidupan

Sekolah Kehidupan... Sekolah ini mengatasi sekolah-sekolah lain dalam dunia, kerana keberkesanannya membentuk para 'pelajarnya' untuk menjadi manusia, melalui program khasnya iaitu pengalaman hidup. Tidak dapat dinafikan, pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan kita. Sekolah ini ditubuhkan sejak zaman Nabi Adam lagi,bukan hanya sekadar sekolah terbaik di Malaysia (mahupun dunia), malah sekolah tertua di dunia.  Ramai pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sekolah mahupun universiti secara tidak langsung akan melanjutkan pengajian ke sekolah ini. Selagi anda hidup, selagi itulah anda akan belajar di sekolah ini.  Harus diingatkan bahawa pendidikan formal dan infrastruktur yang dipanggil sekolah mahupun universiti tidak menjamin masa depan anda. Yang menjamin masa depan anda adalah semangat dan usaha secara konsisten, bersama doa kedua ibu bapa.  Berjaya dalam akademik tidak bermakna akan berjaya dalam hidup. Hidup ini ibarat larian marathon, mem...

Perang Musuh Bisik Siri 5

PEMBINAAN KOTA-KOTA TANAH Orang-orang Melayu yang tinggal menetap di dalam negeri sepanjang zaman pemerintahan Siam bersyukur kepada Tuhan kerana Kedah telah bebas semula dari cengkaman Siam. Mereka inilah yang menjadi teras kepada gerakan pembangunan yang disusun semula oleh Tunku Abdullah dan Tunku Muhamad Saad serta panglima-panglimanya. Gendang raya dipukul menandakan masuk waktu bersembahyang dan suara bang dilaungkan garuk dan parau melayup hingga ke bintang timur tinggi. Sudah berani orang berkumpul dimasjid-masjid dan di bandarasah melakukan sembahyang berjemaah dan membaca Yassin beramai-ramai. Di masa yang bergelora di bawah pentadbiran Siam, amat ramai orang yang beramal ibadat kepada Tuhan menumpu sepenuh minat hanya kepada kerja-kerja yang direzainya supaya masin doa’ dan permintaan terutamanya buat menjauhkan bala dan bahaya dari kampong halaman dan kaum keluarga. Sekali sekala terdengar orang meminta tolong kerana dirompak dan dianiayai oleh orang-orang Siam dan peng...

Perang Musuh Bisik Siri 4

SIAM TEWAS, KEDAH MARA KE SENGGORA”  Dari pengalaman di Pulau Songsong dan di Pulau Bunting, Tunku Muhamad Saad telah mengkaji semula kedudukan angkatan perangnya. Akhirnya Tunku Muhamad Saad mendapat persetujuan dari Dato’ Muhamad Ali Datok Setia Segera, Panglima Muhamad Taib Hitam dan lain-lain panglima kanan supaya angkatan perang kali ini dibahagi kepada empat pasukan. Pasukan pertama ialah pasukan penyerang yang terdiri dari pejuang-pejuang handalanpahlawan dan panglima-panglima yang tahan di pahat biji mata dan boleh menangkap peluru yang terbang dengan tapak tangan. Ketua pasukan ini ialah Tunku Muhamad Saad sendiri. Matlamat pasukan ini ialah menduduki Kota Senggora yang terletak di Laut China. Pasukan kedua dikepalai oleh Dato’ Muhamad Ali. Matlamat pasukan ini ialah menyerang Negeri Terang, Negeri Krakbi dan Pulau Panjang yang letak bertentangan dengan Negeri Pangnga. Angkatan ini akan bergerak dari laut dan dari darat. Serentak menuju ke utara. Pasukan-pasukan kedua i...

Perang Musuh Bisik Siri 3

BURMA, INGGERIS DAN MELAYU MENGHADAPI SIAM  Sultan Ahmad Tajuddin mengutuskan Cik Lanang, Cik Muhamad Ali, Penghulu Sira dan Nakhuda Sembuang menemui Raja Burma supaya membantu Kedah. Raja Burma bersimpati dengan nasib Sultan Ahmad Tajuddin dan ingin mengetahui kedudukan yang lebih pasti sebelum menghulurkan bantuannya. Buat sementara waktu Raja Burma hanya dapat mengirimkan hadiah empat puluh koyan beras dan lain-lain kepada sultan. Raja Burma meminta Sultan Kedah mengirimkan kepadanya beberapa bahara bijih timah untuk dibuat bumbong istananya dan bagi harga bijih timah itu dikirimnya pada 30 koyan beras yang berasingan. Surat dari Raja Burma sedap juga bunyinya jika dibandingkan dengan surat orang-orang hari ini: ‘Inilah surat daripada kami, “katanya, “Raja Tawai Singgahsana Emas kepada Raja Kedah yang memerintah 118 buah bandar; Memaklumkan bahawa kami telah menerima maklumat-maklumat bahawa Siam telah mencabul negeri Kedah. Terimalah hadiah kami yang tidak sepertinya iaitu ...

Perang Musuh Bisik Siri 2

TUNKU KUDIN Pelarian-pelarian Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai bertenang sejenak melihat telatah Siam dari jauh tetapi orang-orang yang menghuni Negeri Kedah dari Terang di Utara hingga ke Sungai Kerian di Selatan yang menghadapi penderitaan dan penghinaan selama ini telah mencetuskan pemberontakan di sana sini. Dalam tahun 1821 Kedah mempunyai seratus dua puluh lapan buah mukim yang bererti mempunyai seratus dua puluh lapan buah masjid bertaburan di seluruh negeri. Mengikut adat pada masa itu, sebuah masjid didirikan di tiap tempat yang mempunyai sekurang-kurangnya empat puluh empat orang lelaki Islam yang wajib berkumpul menunaikan sembahyang Hari Jumaat. Maka terdapatlah mukim-mukim yang luas dengan penduduk yang tidak ramai dan mukim-mukim yang kecil tetapi padat. Umpamanya di Alor Setar, masih dikenali sebagai Kota Setar, mempunyai dua ribu buah rumah, di Kuala Kedah terdapat seribu buah rumah, di Limbong lima ratus buah rumah, di Anak Bukit tiga ratus buah rumah, di P...