Siapakah Tok Moris
Tok Moris ialah seorang pahlawan Kedah yang terkenal dan cerita mengenai kehebatannya diwarisi dari turun temurun oleh keturunannya yang bertebaran di Tanah Air terutamanya di Kampung Kubur Panjang, Pendang Kedah. Untuk pengetahuan anda,Tok Moris ini merupakan singkatan nama bagi Tok Bomoh Idris dan nama ini merupakan penyamaran yang digunakan ketika Perang Musuh Bisik 1821. Nama sebenar beliau ialah Syed Idris dan dikatakan beliau pernah menjadi Raja Kota Setar, Kedah. Pahlawan Tok Moris adalah seorang hulubalang dari bumi Kedah yang diceritakan telah pergi bersama-sama rakannya ke Bangkok dalam masa Perang Bisik untuk menyelamatkan Sultan Ahmad Tajuddin II. Keadaan ini kerana Sultan Ahmad Tajuddin II telah diperdaya oleh tali barut musuh sehingga Tuanku ditangkap oleh anggota Thai apabila pulang dari tempat persembunyian di Melaka. Tuanku telah dipenjarakan di Bangkok dan ketika itu tidak ada seorang pun yang berani untuk pergi menyelamatkan Tuanku kerana takut akan kehebatan ten...