Pangkal Jalan
Assalamualaikum & Salam seluruh Marhain
Sebagai manusia biasa kita tak lari dari melakukan kesilapan.Tetapi kesederan atau kebangkitan dari lamunan yang selama ini membelenggu diri itu paling penting.Baik buruk sesuatu perkara kita yang tentukan,dan yang akan menanggung akibat pun kita sendiri.Berita tentang anak bunuh mak dan ayah sendiri dah macam lali kat Malaysia ni,disebabkan oleh dadah,dan boleh dikatogerikan sebagai berita tetap.
Adakah dadah sebagai punca atau sebaliknya?..Perkara ni dah lama golongan Bangsawan berhujah,tetapi masih tiada jalan yang ampuh sebagai pemula Pangkal jalan.Jika kita mengambil kira penagih dadah dalam Malaysia,mungkin tidak akan dapat jumlah yang tepat,kerana setiap hari seorang penagih baru akan muncul(statistik sendiri).
Untuk membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan,sila ke ke jalan Anak Bukit,di situ ada tempat yang akan melaksakan tanggungjawab untuk membantu mereka,AADK Negeri Kedah,04-7000170.Dengan izin Allah dapatlah kita membantu mereka untuk bertemu pangkal jalan.
Sundang Sukma
Ulasan