Surat khabar lama

Assalamualaikum...

Semalam masa tengah dok kemas-kemas bilik lama belakang rumah,mata ni terpandang satu bungkusan plastik hitam atas almari lama.Tangan gatai ni terus capai bawa turun,terus buka nak tengok apa isi dalam.Rupa-rupanya surat khabar lama,aku pun ambik satu,tngok tarikh 16 Julai 1981,terkejut juga,lama betoi,aku pun tak lahir lagi masa tu.Banyak sejarah masa ni,dari peralihan kuasa sampailah berita sukan.

Tengok pada akhbar tu,dah lusuh kekuningan tapi masih elok,tulisan masih jelas,yang penting berita yang disampaikan,walaupun keadaan luaran nampak lama,isi dalamnya cukup berharga.kalaulah dia boleh berkata-kata,mesti panjang lebar ceritanya.aku pun masukkan semula kedalam plastik hitam tadi,aku ikat kemas-kemas,supaya tidak tercemar,entah sampai bila ia mampu bertahan kat atas tu.Aku pun sambung mengemas,banyak juga surat khabar lama dalam bilik ni tak kurang juga yang baru.

Yang paling baru aku jumpa bertarikh 09 Mei 2018,masih putih bersih kertas dia,lagi bayank berita dan cerita di dalam,tergempar dan terbalik,hehehehehe,aku pun tak ambil kisah sangat dan terus mengemas,kembali ke tujuan asal aku masuk ke bilik ni.

Banyak berita dan cerita disebalik akhbar-akhbar lama dan baru ni,dari permulaan,kejatuhan sehinggalah kebangkitan,tetapi kita perlu meneruskan hidup seperti biasa,cari makan macam biasa,
biarlah akhbar-akhbar itu dengan beritanya yang takkan berubah,dan mungkin lusuh ditelan waktu,tetapi isi dalamnya tetap sama dengan gaya dan warna tulisan yang sama.Mungkin kaedah dan meterial yang berlainan.


Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Tiada lama,tiada baru,
Adab dan adat dilupa jangan.


Sundang Sukma.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Siapakah Tok Moris

KOLEKSI PANTUN-PANTUN REKAAN SENDIRI...

Perang Musuh Bisik Siri 5